.

Thursday 29 August 2013

Kem Sukan Sekolah

Nanga Musah- Pada 23 Ogos 2013 yang lepas, pihak sekolah telah menganjurkan Kem Sukan Sekolah bertempat di Padang Asrama SK Nanga Nyimoh. Oleh kerana kawasan sekolah ini yang terlalu terhad untuk melakukan aktiviti fizikal, maka pihak pentadbir telah bersetuju untuk menggunakan kemudahan sekolah berdekatan. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut.

Program bermula pada jam 7.00 pagi dimana semua murid dan staf berkumpul untuk bersama-sama melakukan senamrobik yang telah dikelolakan oleh En. Lawrence.



Kemudian majlis diteruskan dengan majlis perasmian oleh Tuan Guru Besar, En. Thomas Lagan pada jam 7.45 am


Pelbagai kemahiran yang diterapkan dalam aktiviti 1 Murid 1 Sukan telah dipraktikkan oleh murid dengan bantuan guru-guru di setiap stesen. Antara aktiviti fizikal yang dijalankan seperti amali skipping rope, menggelecek bola, pentunqe dan membaling bola.
 Cik Atiqah di stesen kemahiran membaling bola

En. Hibatul Hakimi menunjukkan kaedah penggunaan skipping rope kepada muridnya

Aktiviti kemuncak bagi program ini adalah acara sukaneka..Ia melibatkan semua murid dalam 4 kumpulan. Berikut merupakan beberapa aksi ketika sukaneka ini berlangsung.




Majlis penyempurnaan hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Cik Julia Danu, Guru Penolong Kanan SK Nanga Musah.



Program tamat pada jam 11.30 am..Moga semua murid dapat memanfaatkan segala kemahiran yang dipelajari dalam menjalani kehidupan harian yang selamat.

No comments:

Post a Comment